Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak Februari 2020 merupakan peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini. Pelbagai aktiviti terpaksa dibatalkan. Sektor pendidikan dan keagamanaan turut terjejas.

 

Sektor industri juga tidak terkecuali. Ramai peniaga mengeluh pendapatan mereka terjejas. Oleh itu, sebagai insiatif untuk merancakkan semula aktiviti ini, kerajaan Malaysia telah mewujudkan program vaksinasi kebangsaan.

 

Malah sektor industri turut diberi perhatian. Misalnya, kerajaan negeri Perak telah melaksanakan kempen vaksinasi industri melalui program Perak Vaccine Program (PVP). Melalui program ini, majikan boleh mendaftarkan pekerja mereka supaya proses vaksinasi dipercepatkan.

 

Melalui program PVP juga, suntikan vaksin juga boleh dilaksanakan di premis syarikat namun dengan syarat minimum 300 pekerja. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web berikut – https://www.vaksinperak.com/register/

­­

 

Selain itu, program ini seperti ini juga dilaksanakan oleh negeri Selangor berikutan banyak sektor industri di negeri itu. Melalui Program Vaksin Selangor (SelVAX), aktiviti vaksinasi boleh dilaksanakan dengan lebih cepat kepada pekerja.

 

Malah program SelVAX juga membenarkan suntikan vaksin dijalankan di premis perniagaan namun dengan syarat minimum pekerja adalah 1,500 orang. Sekiranya jumlah pekerja tidak mencapai syarat minimun, suntikan vaksin akan dilaksakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah ditetapkan.

 

Tambahan lagi, progam SelVAX juga membenarkan majikan untuk mendaftarkan pekerja asing yang mempunyai dokumen yang ditetapkan untuk menerima vaksin. Pendaftaran program vaksinasi industri negeri Selangor boleh dilakukan di laman web berikut – https://vax.selangkah.my/vaxformCompany

 

 

Program seumpama ini sewajarnya disambut baik oleh pihak industri dengan melakukan pendaftaran vaksinasi dengan segera. Kemudahan yang telah disediakan ini sememangnya bertujuan untuk memastikan aktiviti industri dapat dihidupkan semula.

 

Oleh itu, kami menyeru semua kumpulan industri dan peniaga untuk sama-sama kita mendaftar program vaksinasis industri ini. Bersama kita melawan COVID-19 dan merancakkan semula ekonomi negara.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan program vaksinasi industri, boleh layari laman web berikut:

Perak Vaccine Program: https://www.vaksinperak.com/faq-vaksinasi/

Program Vaksin Selangor: https://vax.selangkah.my/faq/SVCP%20FAQs%20BM%20v0.291%20as%20at%20150721.pdf

Share This!