Yang suka berbelanja, rasanya ini adalah info yang kita nak sangat tahu!

Rupa-rupanya dengan berbelanja pun kita boleh mendapatkan pelepasan, namun perbelanjaan itu perlulah mengikut syarat yang telah ditetapkan. Kita tahu bahawa negara kita bukan sahaja mempunyai pelbagai kategori cukai tetapi juga pelbagai bentuk pelepasan untuk mengurangkan cukai kita. Jadi mari kita sama-sama meneroka apakah perbelanjaan yang membenarkan kita mendapat pelepasan cukai.

01 – Gaya Hidup Berbelanja

Dalam sehari kita tidak boleh lari daripada berbelanja. Mari jadikan perbelanjaan harian kita memberi manfaat dalam percukaian. Jika kita berbelanja untuk diri, pasangan mahupun anak, kita layak dapat pelepasan sebanyak RM 2,500 selagi perbelanjaan kita mengikut kategori yang dibenarkan.

Kategori perbelanjaan yang dibenarkan:

  • Bahan bacaan seperti buku, jurnal, majalah dan surat khabar bercetak
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet bukan untuk kegunaan berniaga
  • Perbelanjaan untuk barangan sukan dan keahlian gym untuk aktiviti sukan yang ditakrifkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997
  • Langganan atau bayaran bulanan bil Internet atas nama sendiri

 

02 – Pelepasan Tambahan

Pelepasan tambahan sebanyak RM 2,500 diberikan juga untukpembelian komputer, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, pasangan atau anak. Ini bagi membantu melancarkan proses digitilisasi dari kehidupan berkeluarga hingga kemudahan persekolahan anak-anak.

Selain itu, bagi yang bersukan akan mendapat sebanyak RM 500 pelepasan untuk pembelian barangan sukan, bayaran sewa atau bayaran masuk ke mana-mana pusat sukan dan yuran pendaftaran untuk sebarang pertandingan sukan berlesen dibawah Pesuruhjaya Sukan.

 

 

Sekarang kita dah tahu senarai perbelanjaan yang melayakkan kita mendapat pelepasan cukai. Jadi aturlah perbelanjaan kita sebaik mungkin! Jika boleh digunakan untuk pelepasan cukai, pastikan kita masukkan dalam pengiraan cukai nanti. Dan jangan lupa resit perbelanjaan yang sah hendaklah disimpan sekurang-kurangnya 7 tahun. Jika ada audit dari pihak LHDN, kita dah bersedia dengan bukti perbelanjaan yang dah kita gunakan.

#ZAGSecretary #ZaharAdvisory #ZAGConsultant #WeStandTogether #comebackstronger #aspiretoinspire #ZAGCare #ZAGjagakita

Share This!