Umum mengetahui bahawa segala urusan yang melibatkan Syarikat Sdn Bhd perlu direkodkan untuk tujuan audit. Perekodan dokumen juga berfungsi untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam perniagaan.

 

Namun, masih ada usahawan yang tidak merekodkan hasil jualan mereka. Akhirnya, aktiviti perniagaan mereka terganggu dek kerana kekurangan sumber kewangan. Puncanya? Tidak merekod aliran tunai keluar masuk syarikat.

 

Disebabkan ini, perniagaan bukan sahaja tidak dapat berfungsi dengan baik, malah berdepan kemungkinan rugi atau diisytihar muflis akibat kekurangan sumber pendapatan dan kegagalan melangsaikan hutang.

 

Oleh itu, kami kongsikan kepada anda empat kesan buruk sekiranya perniagaan gagal  merekod transaksi tunai, jualan dan belian syarikat syarikat.

 

1) Tunai Tidak Cukup

Pernah tak anda dengar satu kes di mana syarikat tersebut mendapat keuntungan yang berganda-ganda, tapi kekurangan tunai untuk meneruskan aktiviti syarikat?

 

Kenapa ini terjadi? Puncanya disebabkan oleh kegagalan syarikat untuk  merekod transaksi tunai, jualan dan belian syarikat. Secara kasarnya, memang kita lihat syarikat tersebut mendapat untung yang tinggi. Tapi hakikatnya tidak.

 

Syarikat Sdn Bhd, Cukai Pendapatan, Business Consultant, Corporate Training, Succession Planning

 

Ramai yang rasa gembira bila lihat angka besar hasil jualan. Namun mereka terlupa bahawa itu merupakan untung kasar yang belum dikira. Kekurangan tunai berlaku apabila hasil keuntungan tersebut ditolak dengan perbelanjaan syarikat seperti gaji, kos overhead, kos iklan dan sebagainya.

 

Lebihan daripada ini merupakan untung sebenar syarikat atau untung bersih. Sekiranya untung bersih syarikat rendah, sudah tentu syarikat akan menghadapi masalah untuk meneruskan perniagaan.

 

2) Hutang

Dalam perniagaan, berhutang merupakan satu amalan yang biasa dilakukan oleh perniagaan. Amalan ini merupakan salah satu kaedah untuk syarikat mendapatkan barang dari pembekal dalam kadar segera.

 

Misalnya syarikat memerlukan produk ABC dari pembekal, syarikat akan membeli secara hutang terlebih dahulu dan bayar kemudian. Manakala pembekal akan mengeluarkan satu invois kepada syarikat.

 

Syarikat Sdn Bhd, Cukai Pendapatan, Business Consultant, Corporate Training, Succession Planning

 

Namun begitu, kegagalan  merekod transaksi tunai, jualan dan belian syarikat akan menyebabkan syarikat mungkin berdepan masalah. Hutang syarikat dengan pembekal mungkin menjadi lebih tinggi. Secara tidak langsung, perniagaan syarikat akan terjejas dan terpaksa menanggung hutang yang tinggi.

 

3) Duit Hilang

Sekiranya rekod urus niaga tidak diuruskan dengan baik, risiko untuk berlaku ketirisan kewangan sangat tinggi. Syarikat mungkin berdepan dengan kerugian yang besar disebabkan hal ini.

 

Urus niaga syarikat yang tidak teratur juga menjadi faktor kepada hilangnya duit syarikat. Perbelanjaan yang tidak direkod misalnya adalah punca duit syarikat ‘hilang’ jejak.

Syarikat Sdn Bhd, Cukai Pendapatan, Business Consultant, Corporate Training, Succession Planning

 

Syarikat akhirnya berdepan dengan masalah kerugian dan terpaksa menanggung hutang yang tinggi disebabkan tunai yang tidak mencukupi untuk meneruskan aktiviti syarikat.

 

4) Untung Rugi Syarikat Tidak Jelas

Setiap tahun akhir perakaunan, juruaudit bertanggungjawab untuk mengaudit dan menganalisis kedudukan kewangan syarikat. Untung rugi syarikat akan ditentukan melalui proses audit tersebut.

 

Namun begitu, sekiranya syarikat gagal merekod aktiviti perniagaan sepanjang tempoh perakaunan, syarikat berdepan kesukaran untuk menentukan untung rugi syarikat pada tahun tersebut.

Syarikat Sdn Bhd, Cukai Pendapatan, Business Consultant, Corporate Training, Succession Planning

 

Walaupun keuntungan yang tinggi diperoleh sepanjang tempoh perakaunan semasa, syarikat sebenarnya mengalami kerugian disebabkan berlakunya ketirisan wang syarikat. Puncanya? Tidak merekod aktiviti perniagaan.

 

Oleh itu, untuk mengelakkan perkara seperti in berlaku, kami menyeru dan mengalakkan anda untuk sentiasa membuat rekod perniagaan. Ini bertujuan untuk memudahkan syarikat menyemak dan menentukan kedudukan kewangan syarikat.

 

Di samping itu, melalui cara ini juga, perniagaan dapat bertahan lebih lama dan beroperasi tanpa sebarang masalah. Justeru itu, pastikan anda mengelakkan perkara seperti ini daripada terjadi dengan merekod segala aktiviti syarikat anda.

Share This!